Pemain Harimau Muda meraikan gol
pertama jaringan Mohamad Nasir Basharuddin pada saingan teakhir
peringkat kumpulan Pestabola Merdeka di Stadium Darul Makmur, malam
tadi.
Menampilkan hanya empat pemain daripada kesebelasan utama sebelum
ini, skuad bawah 23 negara tetap ampuh ketika menewaskan Thailand 3-0
pada perlawanan ketiga Pestabola Merdeka di Stadium Darulmakmur di sini
malam tadi, untuk mengekalkan rekod kemenangan saingan awal.
Kemenangan itu membuktikan betapa semua pemain dalam skuad kendalian Ong Kim Swee itu mampu diturunkan pada bila-bila masa.
“Malam ini (tadi) ramai yang beraksi buat kali pertama dan ini
membuktikan mereka semua bersedia untuk diturunkan pada bila-bila masa,”
kata Kim Swee selepas tamat perlawanan.
Pemain berkualiti
“Pemain kita bersungguh
memburu kemenangan malam ini (malam tadi) kerana mahu merebut tempat
dalam skuad Sukan SEA yang hanya terhad kepada 20 pemain.
Sudah tentu saya sukar untuk saya membuat pilihan tetapi saya mahu persaingan sihat ini diteruskan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan