
FERNANDO Torres (tengah) cuba
melepaskan diri daripada kawalan dua pemain Milan, Urby Emanuelson
(kiri) dan Stephan El Shaarawy ketika aksi separuh akhir Piala Juara
Antarabangsa, kelmarin. Chelsea menang 2-0.
EAST RUTHERFORD, Amerika Syarikat - Gol jaringan Kevin de Bruyne dan
Andre Schuerlle membantu Chelsea mengatasi AC Milan 2-0 dalam aksi
separuh akhir Piala Juara Antarabangsa semalam.
Dengan kemenangan itu, pengendali Chelsea, Jose Mourinho bakal
bertemu semula dengan kelab lamanya, Real Madrid di pentas final yang
bakal berlangsung di Stadium Sun Life, Miami, Khamis ini.
Terdahulu, Real turut menyambar pentas final kejohanan jemputan itu selepas mengatasi Everton 2-1 di Los Angeles, kelmarin.
Chelsea merupakan satu-satunya pasukan yang masih belum dibolosi
sementara Real pula merupakan penjaring terbanyak kejohanan apabila
mencetak lima gol setakat ini.
Dalam perlawanan semalam, The Blues dilihat mampu memecah
kebuntuan seawal minit keempat namun percubaan Branislav Ivanovic
sekadar terkena tiang ketika penjaga gol Milan, Christian Abbiati telah
tertewas.
De Bruyne akhirnya memecah kebuntuan pada minit ke-29 selepas
jaringan awalnya terlebih dahulu dibatalkan sebelum Schuerrle
menggandakan kelebihan The Blues pada masa kecederaan.
De Bruyne yang menyertai Chelsea dari kelab Genk pada 2012 telah
dipinjamkan ke Werder Bremen musim lalu sementara Schuerlle pula
berhijrah dari Bayer Leverkusen musim ini. - AFP
Tiada ulasan:
Catat Ulasan