Ahad, 11 Ogos 2013

Porto julang trofi Piala Super Portugal


PEMAIN-PEMAIN Porto meraikan kejayaan memenangi trofi Piala Super Portugal selepas menewaskan Vitoria de Guimaraes 3-0 di Stadium Aveiro kelmarin.


LISBON - Porto memenangi trofi Piala Super Portugal buat kali ke-20 selepas menewaskan Vitoria de Guimaraes 3-0 di Stadium Aveiro kelmarin.

Lica, Jackson Martinez dan Lucho Gonzalez masing-masing meledakkan satu gol pada babak pertama untuk membantu Porto melakar kemenangan kelima berturut-turut pada kejohanan pra-musim itu.

Selain itu, ia adalah trofi pertama di bawah bimbingan jurulatih baharu, Paulo Fonseca.

Pada aksi tersebut, Porto bermula garang dan tidak mempersia-siakan peluang untuk menjaringkan gol menerusi Lica yang baharu ditandatangani daripada Estoril.

Guimaraes yang mengejutkan Benfica dengan kemenangan 2-1 pada Mei lalu, gagal memberikan ancaman kepada Porto sepanjang perlawanan itu.

Penyerang Colombia, Martinez membuka jaringan seawal minit ke-17 sebelum Gonzalez dan Lica mengesahkan kemenangan Porto.
- Agensi

Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my

Tiada ulasan:

Catat Ulasan