Selasa, 9 Julai 2013

Hrithik Roshan jalani pembedahan buang darah beku




NEW DELHI - Pelakon popular Bollywood, Hrithik Roshan telah melakukan pembedahan mengeluarkan darah beku di bahagian otaknya.

Aktor tersebut memberitahu di laman Facebook miliknya sebelum dia menjalani pembedahan ekoran mengalami hematoma subdura.

Akhbar Trust of India melaporkan bahawa darah beku tersebut berpunca daripada kecederaan yang dialami Roshan di kepala. 

Sementara itu, agensi berita sama turut memberitahu bahawa pembedahan itu dapat dilakukan dengan jayanya. 

Roshan telah membintangi lebih 20 filem selepas kejayaan filem pertamanya, Kaho Naa Pyaar Hai.
Aktor kacak berusia 39 tahun itu berkahwin dengan seorang usahawan wanita, Suzanne Khan pada tahun 2000.

Suzanne ialah anak kepada aktor veteran terkenal, Sanjay Khan.
Pasangan tersebut dikurniakan dua anak, Hrehaan pada tahun 2006 dan Hridhaan dua tahun kemudian. - Agensi

Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my

Tiada ulasan:

Catat Ulasan