Pengurus JDT, Fandi Ahmad (depan), melihat
pemain melakukan latihan dari bangku penonton di Stadium Universiti
Teknologi Malaysia, Skudai, Johor Bahru, kelmarin. - Foto Mohamad
Shahril Badri Saali
Pelantikan selepas Piala Malaysia, tangani Liga Malaysia musim depan
Johor Bahru: Ketua jurulatih Johor Darul Takzim (DT) yang digugurkan, Fandi Ahmad akan dilantik sebagai Pengarah Pembangunan Bola Sepak Johor pada Liga Malaysia (Liga-M) musim depan.
Langkah itu sebagai membuktikan Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ) begitu serius memastikan program akar umbi untuk mencari bakat baru dengan lebih tersusun.

BH Sukan difahamkan jawatannya selaku pengurus Johor DT yang
disandangnya sekarang hanya untuk kempen Piala Malaysia dan selepas
kejohanan itu berakhir, Fandi akan dilantik sebagai Pengarah Pembangunan
Bola Sepak Johor.
Berita Harian
Tiada ulasan:
Catat Ulasan