Rabu, 24 Julai 2013

Lady Gaga selebriti muda terkaya

LOS ANGELES 24 Julai - Penyanyi pop Hollywood, Lady Gaga mengungguli Senarai Selebriti Paling Kaya di Bawah Usia 30 Tahun Forbes, dengan memiliki nilai kekayaan yang dianggarkan sebanyak AS$80 juta (RM248 juta).

Menurut majalah Forbes, nilai kekayaan Gaga itu direkodkan dari Jun 2012 hingga Jun tahun ini, sekali gus mengetepikan Taylor Swift dan Justin Bieber.

Pada tahun lalu, penyanyi berusia 27 tahun itu menduduki tempat keempat dalam senarai yang sama.
Tempat kedua senarai menjadi milik Bieber dengan nilai kekayaan dianggarkan sebanyak AS$58 juta (RM179.8 juta), manakala Swift di tempat ketiga dengan jumlah pendapatan sebanyak AS$55 juta (RM170.5 juta).

Bintang filem Man of Steel, Calvin Harris muncul di tempat keempat senarai dengan jumlah pendapatan sebanyak AS$46 juta (RM142.6 juta) dan penyanyi Rihanna menempa kedudukan kelima dengan harta kekayaan bernilai AS$43 juta (RM133.3 juta).
Katy Perry, Adele dan aktres Jennifer Lawrence turut tersenarai. - AGENSI

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my

Tiada ulasan:

Catat Ulasan