Isnin, 15 Julai 2013

Ranbir, Katrina sah bercinta

RANBIR dan Katrina dirakam penuh intim di Ibiza (foto kiri) dan ketika tiba berdua-duaan di lapangan terbang Dubai (foto kanan).


AKHIRNYA bukti bergambar mengesahkan hubungan cinta antara dua pelakon muda popular Bollywood, Ranbir Kapoor dan Katrina Kaif. Kebenaran tentang jalinan cinta Ranbir dan Katrina akhirnya terdedah menerusi foto-foto yang dirakam oleh paparazi baru-baru ini.

Salah satu foto menampilkan Ranbir dan Katrina berpelukan mesra di kepulauan Ibiza, Sepanyol yang mana mereka ketika itu bercuti di sana bersama pengarah Ayan Mukherji. Foto-foto yang memaparkan momen keintiman pasangan tersebut juga turut dirakam di Dubai.

Sebelum ini, Ranbir dan Katrina yang sejak tiga bulan lalu digosip bercinta tidak pernah membuat ulasan tentang perkara tersebut. Malah sebelum ini juga, biarpun muncul dalam majlis rasmi bersama-sama, mereka mengelak untuk dirakam pihak media.

“Namun, mungkin impak daripada lakonan penuh serasi Ranbir dan bekas kekasihnya, Deepika Padukone dalam filem, Yeh Jawaani Hai Deewani membuatkan Katrina berasa terancam dan kini mahu umum mengetahui tentang hubungan cinta antaranya dengan Ranbir,” ujar sumber kepada IANS.

Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my

Tiada ulasan:

Catat Ulasan