Isnin, 15 Julai 2013

Saya mahu 25 peratus kejayaan Fergie: Moyes

 
 
Sydney: David Moyes menegaskan dia cukup gembira andai dapat menyamai suku daripada kejuaraan diraih Alex Ferguson sebelum meninggalkan Old Trafford - iaitu menjulang 38 trofi dalam tempoh 26 tahun selaku pengurus Manchester United.

“Ini adalah musim pertama saya sebagai pengurus dan saya mungkin ikut jejak pengurus bola sepak terbaik yang pernah ada. Jika saya boleh menang suku daripada apa yang dia menang, maksudnya saya sudah melakukan yang terbaik.

Van Persie di Sydney


“Jadi, perkara pertama saya perlu selesaikan adalah membiasakan diri dengan tugas ini, mengenali semua orang dan cari formula terbaik. Saya sangat bertuah apabila semua orang yang bekerja di kelab memudahkan saya.

“Pemain, terutama, melakukan yang terbaik dalam apa yang mereka lakukan dan saya akan menambah satu atau dua pemain lagi untuk menyertai kami,” kata Moyes.

Penyerang, Robin van Persie dijangka menyertai skuad United di Sydney menjelang perlawanan persahabatan pra musim menentang pasukan A-League All Star. United tewas pada perlawanan pertama menentang Singha All Star XI di Bangkok 1-0 Sabtu lalu. - Agensi

Tiada ulasan:

Catat Ulasan