BRASILIA 1 Julai - Brazil mengekalkan kejuaraan Piala Konfederasi 
buat kali ketiga berturut-turut  selepas menewaskan juara dunia dan 
Eropah, Sepanyol 3-0 pada perlawanan akhir semalam.
Gol-gol Brazil hadir menerusi Fred pada minit kedua dan ke-47 serta Neymar pada minit ke-44.
Sementara itu pemain Sepanyol, Fernando Torres dipilih penerima kasut
 emas manakala Fred perak dan Neymar memenangi kasut gangsa. - Agensi
 
 
Tiada ulasan:
Catat Ulasan