Jumaat, 5 Julai 2013

Real putus asa dapatkan khidmat Bale

LONDON - Gareth Bale nampaknya kekal di Tottenham selepas Real Madrid mengaku kalah dalam perebutan untuk mendapatkan bintang sayap Wales itu.

Bale sebelum ini menjadi sasaran Real menerusi perpindahan bernilai 80 juta pound (RM388 juta), namun pihak pengurusan tertinggi Real semalam mengumumkan Tottenham tidak bersedia melepaskan bintang mereka itu.

Mereka bagaimanapun tetap berkeyakinan, Bale akan bergerak ke satu fasa baharu dalam kariernya dalam tempoh 12 bulan lagi, namun untuk masa terdekat pemain berusia 23 tahun itu akan kekal di White Hart Lane.

Berita tersebut pasti menggembirakan Tottenham, yang sebelum ini bimbang bakal kehilangan aset paling bernilai.

Real sebelum ini yakin mereka mampu mendapatkan pemain itu selepas Spurs sekadar menamatkan cabaran Liga Perdana Inggeris tempat kelima dan gagal melayakkan diri ke Liga Juara-Juara musim depan.

Malah, mereka turut mendedahkan mempunyai 'hubungan istimewa' dengan Spurs selepas membeli bintang tengah kelab London itu, Luka Modric, musim lau.

Akhbar harian Sepanyol, Marca semalam melaporkan: "Real Madrid telah memutuskan untuk menangguhkan pembelian Bale." - AGENSI

Tiada ulasan:

Catat Ulasan