Ahad, 14 Julai 2013

Nilai Suarez RM191.8 juta

 
LIVERPOOL: Liverpool tidak akan mempertimbangkan sebarang tawaran di bawah 40 juta pound (RM191.8 juta) untuk membawa pergi penyerangnya, Luis Suarez.

Media Inggeris sebelum ini mengatakan gergasi Sepanyol, Real Madrid muncul sebagai calon utama selepas Arsenal dikatakan sudah mengalah untuk mendapatkan bintang Kop itu.

The Gunners, yang gagal dalam tawaran 30 juta pound (RM143.8 juta) mungkin akan kembali dengan tawaran lebih tinggi 35 juta pound (RM167.8 juta) namun mungkin akan mendapat tindak balas sama apabila The Reds dijangka tidak bersetuju dengan jumlah itu.


Wenger menjadikan penyerang Antarabangsa Uruguay, Suarez sebagai sasaran utamanya selepas perpindahan penyerang Madrid, Gonzalo Higuain dikatakan menemui jalan buntu.

Begitupun dengan tempoh kontrak Suarez bersama The Reds sehingga 2016, tiada tekanan untuk Liverpool menjual penyerang berusia 26 tahun itu sekalipun dia ingin berpindah. Dia bakal terlepas enam perlawanan musim baru untuk melengkapkan penggantungan perlawanan kerana menggigit pertahanan Chelsea, Branislav Ivanovic - Agensi 
 
Berita Harian

Tiada ulasan:

Catat Ulasan