Jumaat, 5 Julai 2013

Rihanna lambat dua jam





OLEH kerana leka berpesta sehingga pukul 4 pagi, Rihanna datang lambat ke konsertnya sendiri selama dua jam! Insiden tersebut berlaku di Zurich, Switzerland salah satu lokasi konsert jelajahnya, Diamond World Tour.

Biarpun ada peminat yang berasa berbaloi untuk menanti penyanyi tersebut, namun tidak bagi segelintir peminatnya.

Menerusi laman Facebook milik Radio Zurich, seorang peminatnya menulis: "Dia suka berpesta seperti bintang terhebat, tetapi menyanyi seperti penyanyi jalanan dan menyanyi secara miming.

"Saya tak percaya telah menghabiskan duit yang banyak untuk menonton konsert ini."
Rihanna memang terkenal dengan sikap liarnya yang suka berpesta.

Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my

Tiada ulasan:

Catat Ulasan