KHALAYAK sentiasa melihat dan menyangka bahawa para selebriti merupakan manusia paling sempurna ciptaan Tuhan.
Cantik, kaya dan sempurna, itu antara predikat yang cukup dekat
dengan barisan selebriti dari seluruh dunia. Namun, nanti dulu, siapa
kata semua selebriti itu sempurna?
Buktinya, baru-baru ini, terdapat lapan selebriti wanita Hollywood
yang dikenal pasti memiliki saiz kaki gergasi atau mempunyai saiz kaki
yang besar umpama lelaki. Siapa mereka?
1. Tyra Banks
Merupakan seorang supermodel yang cukup terkenal dengan
kredibilitinya, tetapi siapa menyangka wanita yang begitu teliti dan
mementingkan kesempurnaan ini sebenarnya tidak sesempurna mana.
Banks memakai kasut bersaiz 12! Sebagai perbandingan, pelari pecut
lelaki Amerika Syarikat yang pernah memenangi empat pingat emas Sukan
Olimpik, Michael Johnson, memiliki kaki bersaiz 11.
Malah, bukan Banks seorang yang memiliki saiz kaki sebegini,
sebaliknya dia berkongsi saiz kaki yang besar dengan seorang lagi
supermodel terkenal iaitu Elle MacPherson.
2. Sandra Bullock
Bintang yang pernah memenangi anugerah Oscar, Sandra Bullock
merupakan salah seorang selebriti yang mempunyai ukuran kaki bersaiz
gergasi.
Dia juga selalu berhadapan dengan masalah mencari kasut bersaiz 10.
3. Anne Hathaway
Anne Hathaway sering dikaitkan mempunyai persamaan dengan bintang legenda Audrey Hepburn.
Mereka dikatakan mempunyai bola mata berwarna coklat dan penampilan dengan rambut pendek yang cantik.
Namun, nampaknya bukan itu sahaja persamaan mereka berdua. Hathaway dan Hepburn rupa-rupanya memiliki saiz kaki yang sama iaitu 11.
4. Meg Ryan
Aktres terkenal Meg Ryan juga termasuk dalam golongan selebriti dengan saiz kaki yang besar. Dia memakai kasut bersaiz 11.
5. Cindy Crawford
Ketinggian dan kejelitaan supermodel Cindy Crawford sering membuat khalayak memikirkan tentang kesempurnaan dirinya.
Bagaimanapun, tunggu dulu. Sila beri perhatian kepada saiz kakinya. Crawford memiliki saiz kaki yang besar iaitu berukuran 10.
6. Kate Winslet
Banyak orang jatuh cinta dengan aktres Kate Winslet selepas menyaksikan lakonannya dalam filem romantik, Titanic. Tetapi, tahukah khalayak bahawa dia memiliki kaki dengan saiz 11?
7. Mandy Moore
Mandy Moore cukup terkenal dengan obsesinya terhadap kasut. Malah, dia telah banyak kali dilihat tampil di hadapan khalayak dengan memakai kasut tinggi yang nampak cukup menyeksakan. Bagaimanapun, tak ramai yang tahu, di sebalik kecintaannya terhadap kasut, Moore memiliki saiz kaki 'gergasi' iaitu 11.
8. Amanda Bynes
Bintang yang lewat kebelakangan ini kerap menimbulkan kontroversi, Amanda Bynes rupa-rupanya tergolong sebagai pemilik kaki 'gergasi dengan saiz kasut berukuran 11.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan