
Jermaine Defoe menyarankan Tottenham
Hotspur membeli lebih ramai penyerang dalam usaha kelab itu mencari
kejuaraan musim depan. - REUTERS
ENGLAND - Penyerang Tottenham, Jermaine Defoe
menggesa kelabnya agar memperkuatkan bahagian serangan dengan
mendapatkan lebih banyak pemain penyerang pada musim ini.
Defoe akan menjadi penyerang paling lama bersama Spurs seandainya Emmanuel Adebayor meninggalkan kelab tersebut.
Dalam pada itu, Defoe turut mengalu-alukan sekiranya Spurs berhasrat
untuk mendapatkan penyerang Aston Villa, Christian Benteke.
"Saya adalah pemain penyerang, namun kelab tidak boleh mengharapkan saya seorang sahaja sebagai penyerang.
"Sepanjang tahun-tahun yang lalu kelab yang memenangi gelaran mempunyai jumlah penyerang yang ramai.
"Ketika Manchester United memenangi gelaran tiga kali pada 1999
mereka mempunyai barisan penyerang yang hebat seperti Andy Cole, Teddy
Sheringham, Ole Gunnar Solskjaer dan Dwight Yorke. Anda perlukan semua
itu.
"Sekiranya anda mahu melakukan yang terbaik maka anda perlukan
pertandingan. Ia akan membantu kami untuk mendapatkan lebih banyak
jaringan," kata Defoe.
Sementara itu, Defoe turut menafikan bahawa dia akan berhijrah ke kelab lain.
"Jika seseorang datang kepada anda sudah tentu ejen anda akan memberitahu anda.
"Buat masa ini saya hanya yang mampu katakan bahawa saya akan tetap
menyarung jersi sama pada musim akan datang," kata Defoe. - AGENSI
Tiada ulasan:
Catat Ulasan