Isnin, 1 Julai 2013

Selena Gomez temui kekasih baru

SELENA GOMEZ dan rakan-rakan dilihat bercuti tanpa kehadiran justin bieber baru-baru ini.
MUNGKIN bosan dengan hubungan cinta yang tidak pernah stabil, akhirnya Selena Gomez mengambil keputusan untuk bergembira bersama rakan-rakannya di taman tema tanpa kehadiran Justin Bieber. 

Sama seperti remaja lain Gomez dilihat sangat menikmati hari tersebut dengan gelak ketawa, baru-baru ini. Mengenakan pakaian santai dan membawa beg tangan besar, Gomez tetap nampak cantik dengan gaya tersendiri, malah dia turut tidak ketinggalan mengenakan aksesori rambut watak kartun Minnie Mouse.

Bagaimanapun fokus peminat kini bukan kepada Gomez sahaja tetapi perkhabaran yang kononnya penyanyi ini sudah menemui pengganti Bieber. Lelaki yang dimaksudkan adalah Austin Mahone iaitu seorang pemuzik muda. Ternyata desas desus mengatakan Gomez kini sudah bersedia menemui cinta baru semakin benar dengan kehadiran Mahone di taman tema tersebut. 

Sungguhpun mereka dikerumuni rakan-rakan yang lain, ia tetap tidak dapat menutup hubungan mesra yang terjalin di antara Gomez dan Mahone.

"Austin dan Selena cuba melarikan diri dari sekumpulan rakan mereka, dan mencari lokasi agar mereka dapat bercakap secara sendirian," tulis sebuah portal online baru-baru ini.

Mengikuti perkembangan karier Mahone, ia berlangsung lebih kurang sama dengan Bieber yang bermula secara online. Dia yang membuat persembahan melalui talian Skype mengingatkan kita kembali bagaimana Bieber mula mencetuskan fenomena melalui memuat turun video nyanyiannya ke YouTube.

Mahone juga sebenarnya rakan kepada penyanyi remaja Taylor Swift. Kerjasama yang dijalankan mereka sepanjang konsert jelajah Swift memberi lebih peluang buat Mahone mengenali ramai lagi rakan artis lain.

Gomez sebelum ini memberitahu bakal berhenti seketika dari dunia muzik untuk memberi tumpuan buat karier lakonan.

"Ya, mungkin untuk sementara sahaja, saya mahu memberi tumpuan buat filem," katanya kepada sebuah radio di Perancis baru-baru ini.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my

Tiada ulasan:

Catat Ulasan