Rabu, 10 Julai 2013

Walcott mahu Arsenal bermula cemerlang

LONDON - Arsenal memperkenalkan jersi baharu musim depan untuk aksi di tempat lawan di London semalam.

Jersi tersebut mempunyai kolar biru dan stokin berbelang kuning biru. Pemain Arsenal, Theo Walcott menyukai rekaan baharu jersi Gunners itu.

"Arsenal sinonim dengan warna kuning dan biru dan saya rasa rekaan jersi ini adalah gabungan elemen tradisi dan moden," katanya.

Walcott menambah, Arsenal perlu bermula baik dalam saingan musim depan untuk memastikan mereka mampu mencabar kejuaraan.

Gunners menamatkan saingan musim lalu pada tangga keempat namun terpaksa mengharungi perlawanan playoff bulan depan untuk layak ke saingan peringkat kumpulan Liga Juara-Juara.
"Arsenal harus melakukan lebih baik daripada musim lalu jika mahu menyaingi pasukan seperti Manchester United dan Chelsea.

"Kami harus meneruskan prestasi baik yang kami miliki sejak awal lagi kerana kami boleh mencabar apa sahaja kejuaraan. Kami boleh mengalahkan sesiapa sahaja.

"Kami harus menjadi pasukan yang digeruni lawan terutama apabila beraksi di Emirates," katanya. - AGENSI

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my

Tiada ulasan:

Catat Ulasan