Ahad, 14 Julai 2013

Badminton: Remaja kita ke final


KUALA LUMPUR - Selepas kekecewaan demi kekecewaan melanda kem badminton Malaysia pada Kejohanan Remaja Bawah 19 Tahun, Soo Teck Zhi memberi keceriaan semalam apabila melakar kejutan terbesar ke atas pilihan pertama, Thammasin Sittikom pada separuh akhir untuk melangkah ke final perseorangan lelaki di Stadium Tertutup Likas, Kota Kinabalu

Kempunan untuk beraksi pada Kejohanan Remaja Asia tahun lalu gara-gara mewakili Malaysia pada Kejohanan Sekolah-Sekolah Asia dan ASEAN, pemain kelahiran Selangor berusia 18 tahun itu menebus kehampaannya dengan mudah menyingkirkan Thammasin 21-14, 21-12 hanya dalam masa 34 minit. 

Kemenangan ini agak tidak diduga oleh skuad negara , yang sebelum ini lebih menyandarkan harapan kepada pemain utamanya yang juga pilihan kedua kejohanan, Soong Joo Ven untuk memburu gelaran perseorangan lelaki, tetapi bintang remaja Selangor itu ditunjukkan jalan keluar oleh Jeon Hyuk Jin dari Korea 23-21, 17-21, 11-21 pada saingan suku akhir kelmarin. 

Teck Zhi, yang terdahulu menumpaskan pemain China, Jun Peng 21-15, 21-12 pada suku akhir kelmarin, akan membuat perhitungan dengan Hyuk Jin untuk memburu kejuaraan perseorangan lelaki. 

Semalam, Hyuk Jin meneruskan kecemerlangannya dengan mengetepikan pilihan ketujuh dari Taiwan, Wang Tzu Wei dalam pertarungan sengit 22-20, 21-18. 

Perseorangan lelaki adalah satu-satunya acara yang ada untuk diburu tuan rumah selepas semua wakil Malaysia tersingkir dalam saingan beregu lelaki, perseorangan perempuan, beregu perempuan dan beregu campuran, malah kita juga tumpas 1-3 kepada Jepun pada suku akhir berpasukan campuran, Selasa lalu.
Pada suku akhir kelmarin, b
eregu campuran negara, Chue Khek Wei-Yap Cheng Wen ditunjukkan jalan keluar oleh pilihan pertama dari Korea Selatan, Choi Sol Kyu-Chae Yoo Jung 5-21, 8-21, manakala beregu perempuan, Joyce Choong Wai Chi-Yap Cheng Wen kalah mudah 8-21, 15-21 kepada Huang Dongping-Jia Yifan dari China.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my

Tiada ulasan:

Catat Ulasan