Selasa, 9 Julai 2013

Defoe sanjung Bale

DEFOE (kiri) yakin Bale memiliki kemampuan untuk membantu Tottenham merampas slot Liga Juara-Juara musim depan.


LONDON - Penyerang Tottenham Hotspur, Jermain Defoe yakin Gareth Bale memiliki kemampuan untuk membantu pasukan itu merampas slot Liga Juara-Juara musim depan.

Defoe menyuarakan keyakinan tersebut selepas Spurs gagal melayakkan diri ke pertandingan berprestij di Eropah itu setelah menduduki tangga kelima Liga Perdana England musim lalu.

Situasi itu memberi ruang kepada pencabar terdekat, Arsenal untuk beraksi di pentas Liga Juara-Juara selepas skuad The Gunners menduduki tangga keempat liga.

Kini, Defoe yakin Bale akan mengulangi prestasi cemerlang ketika bersama Spurs selepas memilih untuk kekal di White Hart Lane dan menolak tawaran lumayan daripada kelab gergasi Sepanyol, Real Madrid.

"Apa yang paling penting adalah Bale akan kekal bersama Spurs.
"Pada tahun ini, kami telah menikmati musim yang cemerlang dan kali ini, Spurs terdesak untuk beraksi pada kempen Liga Juara-Juara.

"Untuk beraksi pada pertandingan berprestij itu, anda perlu mengekalkan pemain terbaik anda.
"Pencapaian Bale musim lalu begitu menakjubkan selepas anda menyaksikan rekod jaringannya bersama Spurs.

"Bale memiliki banyak kelebihan ketika beraksi pada posisi serangan.
"Dalam setiap perlawanan, dia telah membuktikan kualitinya ketika berdepan penjaga gol lawan selain memiliki sentuhan penyudah yang sukar untuk dipercayai.

"Apa yang pasti, Bale adalah seorang pemain yang cukup istimewa bagi Spurs," kata Defoe. - Agensi

Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my

Tiada ulasan:

Catat Ulasan