Jumaat, 5 Julai 2013

Higuain semakin hampir ke Arsenal

Cetak
Higuain semakin hampir ke Arsenal Higuain (kanan) antara penyerang terbaik dalam kancah bola sepak Eropah ketika ini.
Perbincangan kini di fasa terakhir: Jorge

Madrid: Perpindahan Gonzalo Higuain dari Real Madrid ke Arsenal semakin menjadi kenyataan, menurut bapa kepada pemain 25 tahun dari Argentina itu yang dikaitkan dengan perpindahan ke Emirates sejak beberapa minggu lalu.

Higuain sebelum ini menyatakan, dia ingin mencari cabaran baru selepas tujuh tahun di Bernabeu dan Arsenal mampu menang dalam perebutan dengan Juventus, selepas kelab itu membelanjakan banyak wang untuk Carlos Tevez pada jendela perpindahan kali ini.


Selesai perpindahan

Bekas pemain, Jorge Higuain - bapa kepada pemain berkenaan, berkata: “Kami mempunyai kebenaran untuk berunding (dengan Arsenal) dan saya berharap dapat menyelesaikan perpindahan anak saya ke Liga Perdana Inggeris secepat mungkin.

“Setakat ini belum ada apa-apa perjanjian ditandatangani, tetapi saya sahkan perbincangan antara kedua-dua kelab berada pada fasa terakhir.”

Higuain yang dilahirkan di Perancis, menyertai Real dari River Plate pada 2007 dan meledak 120 gol sepanjang enam musim. Bersama skuad kebangsaan Argentina pula, Higuain menjaringkan 20 gol daripada 30 perlawanan - menjadikannya antara penyerang terbaik dalam kancah bola sepak Eropah. - Agensi

Tiada ulasan:

Catat Ulasan