Jumaat, 5 Julai 2013

Tentera terlepas tiket Piala AFC

 

Cetak
Kuala Lumpur: Kekalahan 2-1 kepada Pahang menyentap impian Tentera untuk bersaing dalam kejohanan Piala AFC apabila terkeluar dari kelompok tiga pasukan teratas Liga Super musim ini.

Berbaki satu lagi perlawanan dengan Perak, Sabtu ini, Tentera tidak mampu lagi mengejar tiga pasukan teratas iaitu juara Liga Super musim ini Lions XII, Johor Darul Takzim (DT) dan Selangor di tangga kedua dan ketiga.

“Kemenangan dengan Perak tidak bererti lagi kerana perjuangan merebut tiga tempat teratas untuk ke Piala AFC sudah berkecai dengan kekalahan kepada Pahang, kelmarin,” kata jurulatih pasukan, B Sathianathan.


Bagaimanapun, katanya pemain Tentera tetap dituntut untuk mencatat kemenangan bagi menebus maruah pasukan yang tercalar dalam empat perlawanan terakhir sebelum ini ketika bertemu Perak, malam esok.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan